Assalamualaikum diucapkan kepada Miss Izazol binti Idris pensyarah matapelajaran pengurusan pembelajaran yang paling awesome. hehe 😬
Watak rakan sekalas yang saya akan ceritakan ialah seorang lelaki yang berasal dari bumi kenyalang Sarawak. Dia merupakan pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Melayu.
Saya amat tertarik dengan perwatakannya yang peramah dan mudah mesra dengan sesiapa sahaja. Pada awalnya saya tidak menjangkakan apa-apa tetapi apabila rakan saya membentuk kumpulan untuk tugasan, nama beliau turut ada di dalam senarai. Peluang keemasan. hahaha 😂
Selain dari ramah, dia juga seorang yang rajin. Dia lah yang selalu mengingatkan kami tentang tugasan kumpulan yang belum diselesaikan. Jika diberi peluang, saya ingin mejadi rakan sekelasnya lagi.
Oh lupa pula, nama insan istimewa tersebut ialah Gilvin anak Bujang ... ❤️
Pengurusan Pembelajaran (KPS3014)
Monday, 24 June 2019
Sunday, 23 June 2019
Interaksi dan Pembelajaran
Sosialisasi merupakan proses mempelajari peranan, status dan nilai yang perlu ada pada seseorang dalam institusi sosial. Teori sosialisasi ini memberi perhatian kepada perkembangan kognitif, pemerolehan moral dan perkembangan kemahiran sosial.
Terdapat tiga jenis-jenis sosialisasi iaitu primer atau permulaan, sekunder atau penyertaan dan resosialisasi. Dalam bab ini juga, saya mempelajari tentang proses sosialisasi iaitu terdapat lima tahap proses sosialisasi iaitu yang pertama ialah tahap persiapan, seterusnya tahap meniru, seterusnya ialah tahap siap bertindak dan yang terakhir ialah tahap penerimaan norma kolektif. Agen-agen sosialisasi yang terlibat ialah seperti keluarga, guru, agama, media massa dan rakan.
Dalam bab ini, saya juga mengetahui tentang interaksi dalam pembelajaran. Melalui pembelajaran interaksi dalam pembelajaran, saya mengetahui maksud interaksi iaitu saling berhubungan antara dua pihak (interaksi seorang guru dengan seorang muridnya) atau beberapa pihak (interaksi murid-murid dalam aktiviti pembelajaran). Saya juga mempelajari tentang jenis-jenis interaksi seperti interaksi sehala, interaksi dua-hala dan interaksi kumpulan. Selain itu, saya mengetahui tentang peranan guru dalam interaksi pembelajaran seperti komunikasi berkesan, meyakinkan, berpandangan positif, berpusatkan masyarakat, bekerja secara kreatif dan progresif.
Sifat-sifat guru itu sendiri yang melayakkan diri untuk menjadi model seperti pengetahuan yang luas, sifat kepimpinan, emosi yang stabil, pencorak peribadi murid, ejen sosial, penampilan dan bahasa tubuh, tingkah laku dan contoh teladan.
Kajian Pengurusan Pembelajaran
Pengurusan ialah proses merancang, mengelola, memimpin dan mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan dan kepentingan pengurusan pula ialah menambah pengetahuan, meningkatkan mutu amalan kerja guru, menambah produktiviti.
Dua perspektif pengurusan iaitu bilik darjah dan sekolah. Pengurusan bilik darjah terbhagi kepada tiga iaitu pembelajaran, tingkah laku dan disiplin dan fizikal. Dalam pembelajaran, strategi pengurusan pembelajaran ialah berpusatkan guru, berpusatkan murid dan berpusatkan bahan. Dalam fizikal, prinsip pengajaran terbahagi kepada tiga iaitu set induksi, penyampaian dan penutup.
Saya juga mengetahui tentang pengurusan pelbagai budaya. Pengurusan pelbagai budaya merangkumi implikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada murid, program silang budaya, pemulihan, penggayaan, berkeperluan khas, Program Pendidikan Inklusif dan Program Pendidikan Orang Asli dan Peribumi. Pengurusan sekolah dan pengurusan sekolah merangkumi pengurusan sumber, pengurusan bilik pembelajaran, pengurusan disiplin, pengurusan bimbingan dan penasihatan, pengurusan kokurikulum dan pengurusan sekolah dan persekitaran. Selain itu, dalam bab ini saya mengetahui tentang pembelajaran yang bermaksud perubahan atau kemampuan seseorang yang dapat dikekalkan tetapi tidak disebabkan oleh pertumbuhan.
Prinsip-prinsip pembelajaran iaitu kesediaan pembelajaran, pengalaman, latihan, kondusif, bermatlamat, penglibatan aktif, persediaan awal, unsur dorongan dan mengkaji murid. Saya juga mengetahui tentang faktor mempengaruhi kesediaan belajar iaitu kematangan fizikal, mengekalkan perhatian, dorongan, sosial dan persekitaran dan pengalaman sedia. Di samping itu, saya mengetahui tentang jenis-jenis pembelajaran iaitu memproses maklumat dan menggunakan pengalaman. Saya juga mempelajari tentang proses pembelajaran iaitu seperti penanggapan, pengalaman atau ingatan, lupaan dan memproses.
Kepimpinan dan Organisasi
Kepimpinan bermaksud kesatuan yang terdiri daripada bahagian-bahagian dalam sesuatu pertubuhan untuk tertentu dan organisasi pula bermaksud keupayaan memimpin melalui teladan. Selain itu, saya juga mengetahui tentang gaya kepimpinan seperti autokratik, demokratik dan laissez-faire.
Organisasi di sekolah bermula dari Pengetua atau Guru Besar, Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Penolong Kanan Kokurikulum, Kauselor, Ketua Panitia Mata Pelajaran dan sebagainya. Organisasi bermaksud suatu badan yang dianggotai oleh pelbagai individu dengan kelebihan yang pelbagai yang menjalankan tugas dan peranan yang berbeza bagi mencapai matlamat yang sama.
Setiap unit pengurusan mempunyai peranan masing-masing dan terdapat dua jenis kepimpinan iaitu kepimpinan peringkat sekolah dan kepimpinan sekolah. Selain itu, saya juga telah mengetahui bahawa pengurusan dalam pendidikan bermula dari peringkat tertinggi iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), seterusnya ke peringkat Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), selepas itu peringkat Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan akhirnya peringkat sekolah.
Pengurusan Murid
Pengurusan murid mempunyai maklumat yang lengkap mengenai murid yang bermasalah serta maklumat murid boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah murid. Pengurusan murid merangkumi hal ehwal murid, pembelajaran, rekod murid, kesediaan belajar dan motivasi.
Rekod murid adalah penting untuk memantau kemajuan murid, menjalin hubungan antara guru-ibu bapa, di mana kedua-dua pihak boleh menilai laporan kemajuan murid dan untuk membantu KPM mengenal pasti latar belakang dan pencapaian murid dalam satu kawasan.
Kesediaan belajar bergantung kepada kelengkapan diri sendiri dari segi perkembangan mental, sikap, emosi dan fizikal dan kesediaan belajar terbahagi kepada tiga iaitu kesediaan kognitif, kesediaan afektif dan kesediaan psikomotor. Masalah perbezaan kesediaan pelajar adalh seperti perbezaan dari segi perkembangan mental, sikap dan minat, kadar pertumbuhan fizikal, keyakian diri, jantina dan perbezaan dalam diri individu.
Motivasi juga penting kerana motivasi yang diberikan oleh guru akan meningkatkan keyakinan diri pelajar dan akan membuatkan para pelajar lebih bersungguh-sungguh dalam pembelajaran dan terdapat dua jenis murid iaitu murid motivasi rendah dan murid motivasi tinggi. Seseorang guru boleh meningkatkan motivasi kepada pelajar iaitu memahami objektif pembelajaran, melibatkan diri secara aktif dalam proses pembelajaran, berinteraksi secara positif dengan rakan sebaya, pembelajaran yang berkaitan dengan kehidupan seharian dan minat murid, masa untuk menyiapkan tugasan atau berinteraksi dan mendapat pengalaman kejayaan, menerima maklum balas yang tepat dan realistik.

Pengurusan Bilik Darjah
Pengurusan bilik darjah ialah cara yang digunakan untuk mengurus aktiviti pengajaran, susunan fizikal, dan keadaan psikososial di dalam bilik darjah, bagi memastikan penggunaan masa yang efisien dan juga mewujudkan suasana pembelajaran yang mesra, sekali gus mengurangkan masalah tingkah laku. Pengurusan bilik darjah merangkumi pengajaran berkumpulan, pengajaran individu, pusat pembelajaran dan penyediaan bahan.
Dari aspek pengajaran berkumpulan, saya mengetahui tentang jenis dan bentuk kumpulan murid dalam bilik darjah seperti mengikut kebolehan, pelbagai kebolehan dan mengikut minat. Terdapat 3 bentuk atau corak interaksi murid dalam kumpulan iaitu interaksi sehala, interaksi dua hala dan interaksi dua hala antara kumpulan. Dari segi aspek pengajaran individu, saya mengetahui bahawa setiap murid memiliki perbezaan dari segi kecerdasan, kebolehan, bakat, cita-cita dan minat dan pelbagai cara boleh diambil oleh guru untuk membantu proses pembelajaran ini.
Seterusnya, dari segi pusat pembelajaran, ruang dalam bilik darjah perlu dilengkapi pelbagai bahan sumber dan dibina mengikut kreativiti guru dan murid. Pusat pembelajaran berfungsi untuk menyediakan ruang, peluang dan bahan kepada murid menggunakan lebih daripada satu deria dalam sesi pembelajaran dan tempat mempamerkan hasil kerja murid bagi membina kreativiti dan keyakinan murid. Selain itu, dari segi aspek penyediaan bahan, seorang guru perlu merancang apa bahan yang perlu digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran, jenis bahan, penyediaan bahan dan sebagainya.

Pengurusan Sumber
Dalam topik ini, saya mempelajari tentang pusat sumber sekolah. Pusat Sumber Sekolah adalah sebuah tempat yang menyediakan kemudahan serta koleksi bahan pengajaran dan pembelajaran yang diurus secara sistematis. Seterusnya, Pusat Sumber Sekolah (PSS) merupakan pusat perkhidmatan akses maklumat bersepadu yang mengandungi pelbagai sumber pendidikan dalam bentuk bahan cetak, bukan cetak dan digital. PSS perlu diurus secara sistematik dan efisyen bagi tujuan memupuk tabiat membaca, literasi maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat selaras dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Saya juga mempelajari dan mengetahui bahawa Pusat Sumber menyediakan maklumat, perkhidmatan dan keperluan bagi memperkukuhkan pengajaran-pengajaran untuk penguasaan kemahiran asas serta kemahiran maklumat pendidikan ke arah pembentukan masyarakat berbudaya ilmu, gemar membaca dan berkemahiran belajar sepanjang hayat. Pusat sumber merupakan pusat maklumat yang sangat penting terutama bagi institusi pengajian seperti sekolah.

Strategi Pengurusan Bilik Pembelajaran
Dalam topik ini, saya mengetahui tentang strategi mengurus bilik pembelajaran iaitu berkait rapat dengan unsur fizikal bilik darjah, interaksi dalam bilik darjah dan iklim pembelajaran yang positif. Unsur fizikal bilik darjah merangkumi penyusunan bilik darjah dan pengurusan bilik darjah. Penyusunan bilik darjah amat penting dalam situasi pembelajaran kerana keadaan ini dapat menggalakkan atau menghalang pembelajaran.
Penyusunan bilik darjah termasuklah tempat duduk pelajar, meja guru dan kerusi dan meja pelajar. Melalui pembelajaran dalam bab ini juga, saya mengetahui bahawa pengurusan bilik darjah melibatkan rutin bilik darjah. Tujuan rutin bilik darjah ini dijalankan ialah untuk menjimatkan masa dan tenaga dan menimbulkan rasa tanggungjawab, perasaan seronok dan kerjasama di kalangan pelajar. Interaksi dalam bilik darjah pula melibatkan jenis interaksi bercorak lisan yang dijalankan di dalam bilik darjah seperti interaksi sehala, interaksi dua hala antara guru dan murid, interaksi dua hala antara murid dan murid, interaksi pelbagai hala antara guru dengan murid dan murid dengan murid dan interaksi berkomputer.
Seterusnya, saya mengetahui tentang faktor yang mempengaruhi pembentukan interaksi dalam kelas iaitu susunan bilik darjah, keadaan emosi bilik darjah, kawalan yang sempurna dan menggunakan gatya kepimpinan yangs sesuai, penggunan kaedah kumpulan, memperbanyakkan pengajaran berbentuk amali daripada berbentuk teori, guna kaedah pengajaran yang boleh menghidupkan suasana pembelajaran, guna alat bantu mengajar berteknologi, lakukan kegiatan pemulihan bagi pelajar yang bermasalah dan sikpa guru yang baik. Selain itu, saya mengetahui bahawa iklim pembelajaran yang positif merangkumi susunan fizikal bilik darjah, suasana sosial bilik darjah dan suasana emosi bilik darjah.

antara susunan meja bilik darjah PAK21
Pengurusan Tingkah Laku Disiplin
Disiplin bermaksud kesanggupan seseorang untuk melakukan sesuatu dengan tertib, menghormati hak orang lain, mengamalkan tingkah laku yang baik dan tidak mengganggu kepentingancorang lain. Pada peringkat sekolah, disiplin adalah peraturan-pertauran yang dikenakan ke atas pelajar-pelajar dengan tujuan mengawaltingkah laku mereka melalui hukuman atau ganjaran.
Matlamat disiplin seperti menjadikan pelajar manusia yang dapat memimpin diri sendiri dalam hidupnya di masa hadapan dan melahirkan individu yang kreatif serta mempunyai kesedaran harga diri dalam masyarakat yang bergerak kearah kemajuan. Seterusnya, saya juga mengetahui tentang ciri-ciri disiplin yang baik seperti memahami dan mematuhi peraturan, menepati masa, menghormati orang lain dan taat setia kepada raja dan negara.
Antara faktor yang mempengaruhi disiplin pelajar iaitu seperti asuhan dan didikan di rumah dan di sekolah, tingkah laku rakan sebaya, suasana dan persekitaran, latar belakang keluarga dan organisasi sekolah. Melalui pembelajaran bab ini juga saya mengetahui tentang kepentingan disiplin di sekolah seperti keselamatan warga sekolah terjamin, pengajaran berjalan dengan lancar dan teratur, pembelajaran berjalan dalam suasana tenang dan segala tugasan dapat diselesaikan dalam tempoh masa yang singkat.

Pengurusan Bimbingan dan Penasihatan
Bimbingan iaitu proses membantu individu membuat keputusan yang akan memberi kesan kepada kehidupan mereka. Saya juga mengetahui bahawa bimbingan merupakan suatu proses untuk membantu individu memahami dirinya dan dunia disekelilingnya supaya ia boleh menggunakan kebolehan, keupayaan dan bakat yang ada dengan sepenuhnya. Dalam topik ini juga, saya mengetahui tentang penasihatan.
Penasihatan merupakan ajaran, petunjuk yang baik, peringatan, mengusulkan, mengesyorkan atau menganjurkan tentang pelbagai hal. Penasihatan juga mengkehendaki suatu kebaikan untuk orang lain secara ikhlas dalam bentuk lisan atau tindakan. Melalui pembelajaran dalam topik ini, saya juga mengetahui tentang ciri-ciri penasihatan iaitu tumpuan kepada masalah, berbentuk arahan atau suruhan daripada seseorang yang dianggap lebih berautoriti dan strategi paling cepat mengatasi permasalahan.
Ruang yang terdapat dalam Unit Bimbingan dan Kaunseling iaitu bilik kaunseling individu, bilik kaunseling kelompok, bilik pengurusan dan ruang menunggu. Selain itu, saya juga mempelajari bahawa terdapat 4 fokus Unit Bimbingan dan Kaunseling iaitu pembangunan dan perkembangan sahsiah diri murid, peningkatan disiplin murid, pengurusan akademik dan kerjaya dan psikososial dan kesejahteraan mental. Seterusnya, saya juga mengetahui tentang etika dalam bimbingan dan penasihatan iaitu bertanggungjawab, kerahsiaan murid dan menghormati murid dan tiada unsur diskriminasi.
Namun demikian, bimbingan dan penasihatan tidak seharusnya tertumpu hanya kepada unit bimbingan dan kaunseling tetapi setiap guru itu juga. Sebagai contoh guru kelas kerana guru kelas merupakan guru yang paling rapat dan banyak mengetahui akan pelajarnya.
Pengurusan Pelbagai Budaya
Konsep pengurusan pelbagai budaya merupakan kaedah penyusunan dan perancangan sesebuah kelas yang terdiri daripada pelbagai budaya. Saya juga mengetahui maksud budaya iaitu merujuk kepada ciri-ciri atau hasil tingkah laku yang dipelajari oleh sekumpulan manusia daripada persekitaran sosialnya manakala pelbagai budaya pula bermaksud satu sistem kepercayaan dan tingkah laku yang mengiktiraf dan menghormati kewujudan kepelbagaian dalam kelompok sebuah organisasi atau masyarakat, mengakui dan menghargai perbezaan sosiobudaya, dan menggalakkan dan menerima sumbangan berterusan mereka dalam konteks dan budaya yang inklusif dalam organisasi atau masyarakat berkenaan.
Pengurusan pelbagai budaya adalah penting dalam menguruskan sekolah kerana memberi impak kepada semua warga di dalam sekolah dan penting bagi memastikan guru dan pelajar menambah ilmu, meningkat profesion keguruan dan produktiviti bertambah. Selain itu, saya juga mengetahui bahawa terdapat 3 teori sosial pelbagai budaya iaitu Teori Melting Pot 1: Anglo Conformity, Melting Pot II: Ethnic Synthesis dan Cultural Pluralism (Mosaic Analogy). Di samping itu, saya megetahui bahawa pendidikan pelbagai budaya dapat dilihat dari tiga aspek iaitu konsep, gerakan dan proses. Terdapat 5 dimensi pendidikan pelbagai budaya iaitu content integration, the knowledge construction process, an equity pedagogy, prejudice reduction dan an empowering school culture and social structure.

Subscribe to:
Posts (Atom)
Watak Rakan Sekelas
Assalamualaikum diucapkan kepada Miss Izazol binti Idris pensyarah matapelajaran pengurusan pembelajaran yang paling awesome. hehe 😬 Wata...
-
Dalam topik ini, saya mengetahui tentang strategi mengurus bilik pembelajaran iaitu berkait rapat dengan unsur fizikal bilik darjah, interak...
-
Sosialisasi merupakan proses mempelajari peranan, status dan nilai yang perlu ada pada seseorang dalam institusi sosial. Teori sosial...