Sunday, 23 June 2019

Pengurusan Bilik Darjah

Pengurusan bilik darjah ialah cara yang digunakan untuk mengurus aktiviti pengajaran, susunan fizikal, dan keadaan psikososial di dalam bilik darjah, bagi memastikan penggunaan masa yang efisien dan juga mewujudkan suasana pembelajaran yang mesra, sekali gus mengurangkan masalah tingkah laku.  Pengurusan bilik darjah merangkumi pengajaran berkumpulan, pengajaran individu, pusat pembelajaran dan penyediaan bahan.  

Dari aspek pengajaran berkumpulan, saya mengetahui tentang jenis dan bentuk kumpulan murid dalam bilik darjah seperti mengikut kebolehan, pelbagai kebolehan dan mengikut minat.  Terdapat 3 bentuk atau corak interaksi murid dalam kumpulan iaitu interaksi sehala, interaksi dua hala dan interaksi dua hala antara kumpulan.  Dari segi aspek pengajaran individu, saya mengetahui bahawa setiap murid memiliki perbezaan dari segi kecerdasan, kebolehan, bakat, cita-cita dan minat dan pelbagai cara boleh diambil oleh guru untuk membantu proses pembelajaran ini.  

Seterusnya, dari segi pusat pembelajaran, ruang dalam bilik darjah perlu dilengkapi pelbagai bahan sumber dan dibina mengikut kreativiti guru dan murid.  Pusat pembelajaran berfungsi untuk menyediakan ruang, peluang dan bahan kepada murid menggunakan lebih daripada satu deria dalam sesi pembelajaran dan tempat mempamerkan hasil kerja murid bagi membina kreativiti dan keyakinan murid.   Selain itu, dari segi aspek penyediaan bahan, seorang guru perlu merancang apa bahan yang perlu digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran, jenis bahan, penyediaan bahan dan sebagainya.


No comments:

Post a Comment

Watak Rakan Sekelas

Assalamualaikum diucapkan kepada Miss Izazol binti Idris pensyarah matapelajaran pengurusan pembelajaran yang paling awesome. hehe 😬 Wata...