Sunday, 23 June 2019

Pengurusan Murid Pelbagai Upaya

Dalam topik ini, saya mengetahui tentang program yang dilaksanakan untuk pelajar yang berkeperluan khusus iaitu Program Pemulihan Khas.  Antara murid yang berkeperluan khusus ialah pelajar pintar cerdas, autisme dan disleksia, Program Pemulihan Khas dilaksanakan untuk membantu murid yang mengalami masalah dalam pembelajaran iaitu menguasai kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.  

Dalam topik ini juga, saya mengetahui faktor yang menyebabkan masalah penguasaan pembelajaran murid berkeperluan khas iaitu faktor peribadi, faktor kurang kecerdasan, faktor fizikal dan faktor psikologi.  Saya juga mengetahui peranan guru yang melaksanakan Program Pemulihan Khas di sekolah iaitu guru menggunakan teknik atau strategi pengajaran yang berlainan mengikut personaliti murid.  


Saya juga mengetahui tentang pendidikan pengayaan iaitu aktiviti tambahan kepada murid yang dapat menguasai satu-satu kemahiran dalam jangka masa ditetapkan atau lebih awal daripada itu.  Melalui pengayaan, pelajar diberi peluang untuk mengembangkan lagi sifat ingin tahu, semangat berdikari, daya cipta serta bakat kepimpinan mereka.  Terdapat 2 jenis pengayaan iaitu pengayaan menegak dan pengayaan mendatar.



No comments:

Post a Comment

Watak Rakan Sekelas

Assalamualaikum diucapkan kepada Miss Izazol binti Idris pensyarah matapelajaran pengurusan pembelajaran yang paling awesome. hehe 😬 Wata...