Saturday, 15 June 2019
Sosiologi dan Pembelajaran
Sosiologi merupakan kajian yang sistematik dan saintifik mengenai manusia dan interaksi sosial mereka dalam pelbagai sudut (Amir Hasan, 2002). Antara tokoh-tokoh sosiologi seperti Ibnu Khaldun, Auguste Comte, Karl Marx, Emile Durkheim, Max Weber dan George Herbert Mead.
Tumpuan perspektif sosoiologi terbahagi kepada tiga iaitu tingkah laku masyarakat, memahami corak interaksi dan proses kelompok. Tumpuan perspektif sosiologi juga terbahagi kepada mikro dan makro. Contoh perspektif sosiologi mikro ialah individu yang mengambil dadah. Kesan akan berlaku kepada individu itu sahaja. Manakala perspektif sosiologi makro pula melibatkan masyarakat sekeliling seperti berlaku kejadian jenayah lain seperti meragut, merompak dan sebagainya yang melibatkan individu lain.
Selain itu, teori utama sosiologi iaitu teori fungsionalisme, teori konflik dan teori interaksionisme. Teori fungsionalisme mengkaji perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan yang menyumbang kepada penerusan masyarakat. Teori konflik merupakan persoalan mengenai sama ada struktur-struktur masyarakat seperti ekonomi, pendidikan, politik, sosial dan agama membawa kesejahteraan kepada manusia atau sebaliknya dan menganalisis konflik-konflik dalam masyarakat. Teori interaksionisme pula mengkaji makna simbolik atau makna yang tersirat secara subjektif dan melihat bagaimana makna yang simbolik digunakan dalam interaksi manusia.
Pendidikan pula merupakan suatu proses, bererti bagaimana seseorang itu diasuh dan diajar dan pendidikan sebagai suatu produk adalah kesan berlaku pembelajaran, iaitu pertambahan pengetahuan dan kemahiran serta perubahan cara berfikir seseorang.
Di samping itu, dalam topik ini saya juga mengetahui maksud sosiologi pendidikan yang bermaksud kajian yang sistematik dan saintifik mengenai hubungan antara pendidikan dengan masyarakat, yang seterusnya mempengaruhi matlamat, bentuk institusi, pentadbiran, kurikulum dan kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP).
Berdasarkan apa yang telah saya baca, memang terdapat perbezaan yang jelas antara teori-teori. Sebagai perbandingan didapati bahawa perkara yang diutamakan oleh ahli-ahli fungsionalisme dan konflik ialah bagaimana cara untuk menyatukan masyarakat dan bagaimanakah perubahan sosial berlaku.Manakala ahli-ahli teori interaksionisme simbolik lebih menumpukan proses hubungan bersemuka individu dalam konteks kehidupan sosial. Dengan kata lain penganalisisan mereka berbeza daripada aspek makro dan mikro
Watak Rakan Sekelas
Assalamualaikum diucapkan kepada Miss Izazol binti Idris pensyarah matapelajaran pengurusan pembelajaran yang paling awesome. hehe 😬 Wata...
-
Dalam topik ini, saya mengetahui tentang strategi mengurus bilik pembelajaran iaitu berkait rapat dengan unsur fizikal bilik darjah, interak...
-
Sosialisasi merupakan proses mempelajari peranan, status dan nilai yang perlu ada pada seseorang dalam institusi sosial. Teori sosial...