Sunday, 23 June 2019
Kepimpinan dan Organisasi
Kepimpinan bermaksud kesatuan yang terdiri daripada bahagian-bahagian dalam sesuatu pertubuhan untuk tertentu dan organisasi pula bermaksud keupayaan memimpin melalui teladan. Selain itu, saya juga mengetahui tentang gaya kepimpinan seperti autokratik, demokratik dan laissez-faire.
Organisasi di sekolah bermula dari Pengetua atau Guru Besar, Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Penolong Kanan Kokurikulum, Kauselor, Ketua Panitia Mata Pelajaran dan sebagainya. Organisasi bermaksud suatu badan yang dianggotai oleh pelbagai individu dengan kelebihan yang pelbagai yang menjalankan tugas dan peranan yang berbeza bagi mencapai matlamat yang sama.
Setiap unit pengurusan mempunyai peranan masing-masing dan terdapat dua jenis kepimpinan iaitu kepimpinan peringkat sekolah dan kepimpinan sekolah. Selain itu, saya juga telah mengetahui bahawa pengurusan dalam pendidikan bermula dari peringkat tertinggi iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), seterusnya ke peringkat Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), selepas itu peringkat Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan akhirnya peringkat sekolah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Watak Rakan Sekelas
Assalamualaikum diucapkan kepada Miss Izazol binti Idris pensyarah matapelajaran pengurusan pembelajaran yang paling awesome. hehe š¬ Wata...
-
Dalam topik ini, saya mengetahui tentang strategi mengurus bilik pembelajaran iaitu berkait rapat dengan unsur fizikal bilik darjah, interak...
-
Sosialisasi merupakan proses mempelajari peranan, status dan nilai yang perlu ada pada seseorang dalam institusi sosial. Teori sosial...
No comments:
Post a Comment