Penyusunan bilik darjah termasuklah tempat duduk pelajar, meja guru dan kerusi dan meja pelajar. Melalui pembelajaran dalam bab ini juga, saya mengetahui bahawa pengurusan bilik darjah melibatkan rutin bilik darjah. Tujuan rutin bilik darjah ini dijalankan ialah untuk menjimatkan masa dan tenaga dan menimbulkan rasa tanggungjawab, perasaan seronok dan kerjasama di kalangan pelajar. Interaksi dalam bilik darjah pula melibatkan jenis interaksi bercorak lisan yang dijalankan di dalam bilik darjah seperti interaksi sehala, interaksi dua hala antara guru dan murid, interaksi dua hala antara murid dan murid, interaksi pelbagai hala antara guru dengan murid dan murid dengan murid dan interaksi berkomputer.
Seterusnya, saya mengetahui tentang faktor yang mempengaruhi pembentukan interaksi dalam kelas iaitu susunan bilik darjah, keadaan emosi bilik darjah, kawalan yang sempurna dan menggunakan gatya kepimpinan yangs sesuai, penggunan kaedah kumpulan, memperbanyakkan pengajaran berbentuk amali daripada berbentuk teori, guna kaedah pengajaran yang boleh menghidupkan suasana pembelajaran, guna alat bantu mengajar berteknologi, lakukan kegiatan pemulihan bagi pelajar yang bermasalah dan sikpa guru yang baik. Selain itu, saya mengetahui bahawa iklim pembelajaran yang positif merangkumi susunan fizikal bilik darjah, suasana sosial bilik darjah dan suasana emosi bilik darjah.
antara susunan meja bilik darjah PAK21
No comments:
Post a Comment