Sunday, 23 June 2019
Pengurusan Bimbingan dan Penasihatan
Bimbingan iaitu proses membantu individu membuat keputusan yang akan memberi kesan kepada kehidupan mereka. Saya juga mengetahui bahawa bimbingan merupakan suatu proses untuk membantu individu memahami dirinya dan dunia disekelilingnya supaya ia boleh menggunakan kebolehan, keupayaan dan bakat yang ada dengan sepenuhnya. Dalam topik ini juga, saya mengetahui tentang penasihatan.
Penasihatan merupakan ajaran, petunjuk yang baik, peringatan, mengusulkan, mengesyorkan atau menganjurkan tentang pelbagai hal. Penasihatan juga mengkehendaki suatu kebaikan untuk orang lain secara ikhlas dalam bentuk lisan atau tindakan. Melalui pembelajaran dalam topik ini, saya juga mengetahui tentang ciri-ciri penasihatan iaitu tumpuan kepada masalah, berbentuk arahan atau suruhan daripada seseorang yang dianggap lebih berautoriti dan strategi paling cepat mengatasi permasalahan.
Ruang yang terdapat dalam Unit Bimbingan dan Kaunseling iaitu bilik kaunseling individu, bilik kaunseling kelompok, bilik pengurusan dan ruang menunggu. Selain itu, saya juga mempelajari bahawa terdapat 4 fokus Unit Bimbingan dan Kaunseling iaitu pembangunan dan perkembangan sahsiah diri murid, peningkatan disiplin murid, pengurusan akademik dan kerjaya dan psikososial dan kesejahteraan mental. Seterusnya, saya juga mengetahui tentang etika dalam bimbingan dan penasihatan iaitu bertanggungjawab, kerahsiaan murid dan menghormati murid dan tiada unsur diskriminasi.
Namun demikian, bimbingan dan penasihatan tidak seharusnya tertumpu hanya kepada unit bimbingan dan kaunseling tetapi setiap guru itu juga. Sebagai contoh guru kelas kerana guru kelas merupakan guru yang paling rapat dan banyak mengetahui akan pelajarnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Watak Rakan Sekelas
Assalamualaikum diucapkan kepada Miss Izazol binti Idris pensyarah matapelajaran pengurusan pembelajaran yang paling awesome. hehe 😬 Wata...
-
Dalam topik ini, saya mengetahui tentang strategi mengurus bilik pembelajaran iaitu berkait rapat dengan unsur fizikal bilik darjah, interak...
-
Sosialisasi merupakan proses mempelajari peranan, status dan nilai yang perlu ada pada seseorang dalam institusi sosial. Teori sosial...
No comments:
Post a Comment