Sunday, 23 June 2019

Interaksi dan Pembelajaran




Sosialisasi merupakan proses mempelajari peranan, status dan nilai yang perlu ada pada seseorang dalam institusi sosial.  Teori sosialisasi ini memberi perhatian kepada perkembangan kognitif, pemerolehan moral dan perkembangan kemahiran sosial.  


Terdapat tiga jenis-jenis sosialisasi iaitu primer atau permulaan, sekunder atau penyertaan dan resosialisasi.  Dalam bab ini juga, saya mempelajari tentang proses sosialisasi iaitu terdapat lima tahap proses sosialisasi iaitu yang pertama ialah tahap persiapan, seterusnya tahap meniru, seterusnya ialah tahap siap bertindak dan yang terakhir ialah tahap penerimaan norma kolektif. Agen-agen sosialisasi yang terlibat ialah seperti keluarga, guru, agama, media massa dan rakan.  



Dalam bab ini, saya juga mengetahui tentang interaksi dalam pembelajaran.   Melalui pembelajaran interaksi dalam pembelajaran, saya mengetahui maksud interaksi iaitu saling berhubungan antara dua pihak (interaksi seorang guru dengan seorang muridnya) atau beberapa pihak (interaksi murid-murid dalam aktiviti pembelajaran).  Saya juga mempelajari tentang jenis-jenis interaksi seperti interaksi sehala, interaksi dua-hala dan interaksi kumpulan.  Selain itu, saya mengetahui tentang peranan guru dalam interaksi pembelajaran seperti komunikasi berkesan, meyakinkan, berpandangan positif, berpusatkan masyarakat, bekerja secara kreatif dan progresif.  



Sifat-sifat guru itu sendiri yang melayakkan diri untuk menjadi model seperti pengetahuan yang luas, sifat kepimpinan, emosi yang stabil, pencorak peribadi murid, ejen sosial, penampilan dan bahasa tubuh, tingkah laku dan contoh teladan.

No comments:

Post a Comment

Watak Rakan Sekelas

Assalamualaikum diucapkan kepada Miss Izazol binti Idris pensyarah matapelajaran pengurusan pembelajaran yang paling awesome. hehe 😬 Wata...