Sunday, 23 June 2019

Pengurusan Pelbagai Budaya

Konsep pengurusan pelbagai budaya merupakan kaedah penyusunan dan perancangan sesebuah kelas yang terdiri daripada pelbagai budaya.   Saya juga mengetahui maksud budaya iaitu merujuk kepada ciri-ciri atau hasil tingkah laku yang dipelajari oleh sekumpulan manusia daripada persekitaran sosialnya manakala pelbagai budaya pula bermaksud satu sistem kepercayaan dan tingkah laku yang mengiktiraf dan menghormati kewujudan kepelbagaian dalam kelompok sebuah organisasi atau masyarakat, mengakui dan menghargai perbezaan sosiobudaya, dan menggalakkan dan menerima sumbangan berterusan mereka dalam konteks dan budaya yang inklusif dalam organisasi atau masyarakat berkenaan.  



Pengurusan pelbagai budaya adalah penting dalam menguruskan sekolah kerana memberi impak kepada semua warga di dalam sekolah dan penting bagi memastikan guru dan pelajar menambah ilmu, meningkat profesion keguruan dan produktiviti bertambah.  Selain itu, saya juga mengetahui bahawa terdapat 3 teori sosial pelbagai budaya iaitu Teori Melting Pot 1: Anglo Conformity, Melting Pot II: Ethnic Synthesis dan Cultural Pluralism (Mosaic Analogy).  Di samping itu, saya megetahui bahawa pendidikan pelbagai budaya dapat dilihat dari tiga aspek iaitu konsep, gerakan dan proses.  Terdapat 5 dimensi pendidikan pelbagai budaya iaitu content integration, the knowledge construction process, an equity pedagogy, prejudice reduction dan an empowering school culture and social structure.



No comments:

Post a Comment

Watak Rakan Sekelas

Assalamualaikum diucapkan kepada Miss Izazol binti Idris pensyarah matapelajaran pengurusan pembelajaran yang paling awesome. hehe 😬 Wata...