Disiplin bermaksud kesanggupan seseorang untuk melakukan sesuatu dengan tertib, menghormati hak orang lain, mengamalkan tingkah laku yang baik dan tidak mengganggu kepentingancorang lain. Pada peringkat sekolah, disiplin adalah peraturan-pertauran yang dikenakan ke atas pelajar-pelajar dengan tujuan mengawaltingkah laku mereka melalui hukuman atau ganjaran.
Matlamat disiplin seperti menjadikan pelajar manusia yang dapat memimpin diri sendiri dalam hidupnya di masa hadapan dan melahirkan individu yang kreatif serta mempunyai kesedaran harga diri dalam masyarakat yang bergerak kearah kemajuan. Seterusnya, saya juga mengetahui tentang ciri-ciri disiplin yang baik seperti memahami dan mematuhi peraturan, menepati masa, menghormati orang lain dan taat setia kepada raja dan negara.
Antara faktor yang mempengaruhi disiplin pelajar iaitu seperti asuhan dan didikan di rumah dan di sekolah, tingkah laku rakan sebaya, suasana dan persekitaran, latar belakang keluarga dan organisasi sekolah. Melalui pembelajaran bab ini juga saya mengetahui tentang kepentingan disiplin di sekolah seperti keselamatan warga sekolah terjamin, pengajaran berjalan dengan lancar dan teratur, pembelajaran berjalan dalam suasana tenang dan segala tugasan dapat diselesaikan dalam tempoh masa yang singkat.

No comments:
Post a Comment