Pengurusan ialah proses merancang, mengelola, memimpin dan mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan dan kepentingan pengurusan pula ialah menambah pengetahuan, meningkatkan mutu amalan kerja guru, menambah produktiviti.
Dua perspektif pengurusan iaitu bilik darjah dan sekolah. Pengurusan bilik darjah terbhagi kepada tiga iaitu pembelajaran, tingkah laku dan disiplin dan fizikal. Dalam pembelajaran, strategi pengurusan pembelajaran ialah berpusatkan guru, berpusatkan murid dan berpusatkan bahan. Dalam fizikal, prinsip pengajaran terbahagi kepada tiga iaitu set induksi, penyampaian dan penutup.
Saya juga mengetahui tentang pengurusan pelbagai budaya. Pengurusan pelbagai budaya merangkumi implikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada murid, program silang budaya, pemulihan, penggayaan, berkeperluan khas, Program Pendidikan Inklusif dan Program Pendidikan Orang Asli dan Peribumi. Pengurusan sekolah dan pengurusan sekolah merangkumi pengurusan sumber, pengurusan bilik pembelajaran, pengurusan disiplin, pengurusan bimbingan dan penasihatan, pengurusan kokurikulum dan pengurusan sekolah dan persekitaran. Selain itu, dalam bab ini saya mengetahui tentang pembelajaran yang bermaksud perubahan atau kemampuan seseorang yang dapat dikekalkan tetapi tidak disebabkan oleh pertumbuhan.
Prinsip-prinsip pembelajaran iaitu kesediaan pembelajaran, pengalaman, latihan, kondusif, bermatlamat, penglibatan aktif, persediaan awal, unsur dorongan dan mengkaji murid. Saya juga mengetahui tentang faktor mempengaruhi kesediaan belajar iaitu kematangan fizikal, mengekalkan perhatian, dorongan, sosial dan persekitaran dan pengalaman sedia. Di samping itu, saya mengetahui tentang jenis-jenis pembelajaran iaitu memproses maklumat dan menggunakan pengalaman. Saya juga mempelajari tentang proses pembelajaran iaitu seperti penanggapan, pengalaman atau ingatan, lupaan dan memproses.
No comments:
Post a Comment